Wednesday, December 28, 2005

Ayat-ayat Cinta..

From: "agung_amelia"
Date: Thu Sep 15, 2005 9:05 am
Subject: Ayat –ayat Cinta agung_amelia

Sep 08, 2005 10:26 pm

Ayat –ayat Cinta

Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan ?
Seakan-seakan bidadari itu seperti Yajut dan Marjan
Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan ?
Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula. (ar-Rahman : 57-
60)

Air mata pun meleleh teringat nasihat lukman terhadap anaknya :

"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mempersekutukan Allah adalah benar-benar kedzaliman yang besar."

"Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji
sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi,
niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya
Allah Maha Halus lagi Maha mengetahui.

"Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan
yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan
bersabarlah terhahap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang
demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)"

luqman seperti masih hidup dan menasehati diriku dengan suaranya
yang penuh wibawa dan menggetarkan jiwa. Jika aku punya anak kelak,
aku ingin mendidiknya seperti luqman mendidik anaknya. Aku ingin
menasehatinya seperti luqman menasehati anaknya. Aku ingin bersikap
bijaksana padanya seperti luqman bersikap bijaksana pada anaknya. Ya
Tuhan, kabulkanlah.

PadaMu
Kutitip secuil asa
Kau beri selaksa bahagia

PadaMu
Ku Harapkan setetes embun cinta
Kau limpahkan samudra cinta


Dari Novel Best Seller "Ayat-ayat Cinta", karya Habiburrahman El
Shirazy kangabik@...


Membaca ayat-ayat cinta ini membuat angan kita melayang pergi ke
negeri seribu menara dan merasakan `Pelangi' akhlak yang menghiasi
pesonanya. Sungguh sebuah cerita yang layak dibaca dan
disosialisasikan pada para pemburu bacaan popular yang sudah tidak
mengindahkan akhlak sebagai menu utamanya, agar dunia bacaan kita
terisi karya-karya yang `membangun'.

"Bagus…sebuah novel tentang seorang santri salaf metropolis dan
musafir yang haus ilmu. Keindahan cinta dibangun di bawah terang
cahaya petunjuk. Tak berlebihan bila disebut sebagai Novel pembangun
jiwa."

Tak main-main, sebagai novel pembangun jiwa, novel ini ditulis
dengan menggunakan sepuluh referensi. Bahkan `hanya' menuliskan
kisah bertemunya fahri dengan sahabat Nabi Imam Mas'ud dalam mimpi,
penulis perlu mendasarkan ceritanya pada Kitab ar-Ruuh karya Ibnu
Qayyim al-Jauziyah.

Saya seperti melihat langsung Mesir, Mahattah dan stasiunnya.
Gambaran rumahnya dan budaya masyarakatnya. Kelakar yang digunakan
orang mesir. Dan banyak lagi yang lainnya. Kerana berhasilnya
penulis menghidupkan fahri dan suasana di sekitarnya, saya sempat
berfikir bahwa fahri tak lain Habiburrahman El Shirazy (kang abik)
sendiri.. Novel ini perlu menjadi acuan terutama bagi
penulis `pemula' yang sangat bersemangat untuk menulis sastra
islami. Dan akhirnya saya berharap semoga anda menemukan kesan yang
sama atau bahkan sesuatu yang lebih baik dari kehadiran novel ini,
Novel `Ayat –ayat Cinta'

Peringatan Mufti Perak..emel Qiamat..

Date: Mon, 12 Sep 2005 11:49:07 +0100 (BST)
From: Ibad ArRahman
Subject: Peringatan dr Mufti Perak 'Tahun Gempar 2005'
To: mie , humur@yahoogroups.com,nurul hidayah ,nurul fadzlin hasbullah
----- Original Message -----From: "Sultan, Mohamad Haris Kader (WorldFish)"
Sent: Thursday, 18 August, 2005 10:06 AM
Subject: FW: Peringatan dr Mufti Perak 'Tahun Gempar 2005'
Bismillah [hidayahnet] Edisi KL: Awasi e-mel kiamat
suria insani
Fri, 10 Jun 2005 01:30:27 -0700
KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan
Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum
tempatan hanyalah andaian semata-mata.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu
menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka.
Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.
"Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah.
Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat.
"Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan
sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan
tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan," katanya.
Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam.
"Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusia mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas," katanya. Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan
kitab itu.
"Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu. "Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun Gempar 2005' itu yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana berpasangan pada Oktober. Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan. Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun ini.
Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.
Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu.
"Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah. "Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan> > > petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan," katanya.
Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajarmengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhanaberpasangan. Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk
menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah. Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak syariemudah salah faham dan terpedaya. Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada Ramadan. "Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan.
"Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di LautanIndia, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh dilihat," katanya. Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri kepadaAllah.
"Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat,puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang dikehendaki," katanya.
yahoogroup..

Saturday, December 24, 2005

Jemaah centric???

assalamu'alaikum..

Semoga artikel nih dapat membuka pemikiran kita semua..

..jazakaALlahu Khayr ya Ustaz..

Pemikiran lapuk yg perlu diubah

oleh: Ustaz Maszlee

Ketika saya pernah ditanyakan oleh salah seorang siswa, "Ustaz ni jemaah JIM ke?". Saya segera membalas, "Tidak, saya ahli jemaah Muslimin". Dia bertanya, "Jemaah baru ke tu?". Saya katakan kepadanya, "Tidak, ia telah wujud semenjak zaman Rasulullah S.A.W lagi". Beliau tidak berpuas hati, "Itu saya tahu, tapi kan ustaz ahli JIM". Saya membalas sambil tersenyum, "Ya, saya ahli JIM, ahli Darul Fitrah, ahli Persatuan Ulama Malaysia, ahli Muslim Profesional Forum, ahli Pertubuhan al-Nidaa, rakan kepada ABIM, Ricoi, Hunafa, Accin, US, PAS, keADILan, UMNO dan macam-macam lagi "jemaah". Siswa tersebut menggaru kepalanya kebingungan, terus dia bertanya lagi, "Jadi ustaz tidak berpendirianlah...atas pagar lah ye?". Soalannya kali ini benar-benar membuatkan saya tergelak besar. Saya sekali lagi mengatakan kepadanya, "Anda masih lagi hidup di zaman 70'an, 80'an dan 90'an...masih lagi di takuk pemikiran Jemaah Centric" Jemaah Centric Ya, sememangnya pemikiran jemaah centric yang mendominasi pemikiran pencinta dakwah dan juga pejuang gerakan Islam di Malaysia selama lebih tiga dekad lalu. Impaknya amat ketara, selain daripada kesan positif yang mendorong kepada banyak perubahan di Malaysia, pemikiran jemaah centric juga menimbulkan banyak kesan negatif. Perbalahan, perpecahan, pergeseran hati, malah di sesetengah tempat membawa kepada pergaduhan. 'Jemaah ana lebih tua!', 'jemaah ana lebih tarbiah', 'jemaah ana lebih memperjuangkan sunnah', 'jemaah aku lebih agresif", 'jemaah saya lebih memperjuangkan khilafah', 'jemaah saya ada Imam Mahdi!'. Itulah di antara slogan-slogan yang sering berkumandang selama lebih tiga dekad di Malaysia di kalangan ahli pelbagai pertubuhan Islam. Akhirnya masing-masing tenggelam di dalam menegakkan jemaah masing-masing yang dianggap lebih utama, lebih awla, lebih "asalah" (tulen), lebih hebat dan lebih segala-galanya daripada jemaah-jemaah yang lain. Kesimpulannya, jemaah centric adalah satu pola pemikiran yang lebih banyak membawa kepada perpecahan daripada penyatuan! Lebih menyayat hati lagi ialah apabila para pendukung jemaah-jemaah yang berjuang demi nama jemaah masing-masing ini menggunakan dalil-dalil yang dipengaruhi oleh tafsiran nafsu mereka untuk menegakkan kebenaran "yang mereka dakwa". Contohnya dalil-dalil yang menyeru supaya umat Islam bersatu ditafsirkan agar bersatu di bawah satu jemaah, iaitu jemaah yang mereka perjuangkan sahaja. Begitu juga hadis-hadis yang menyeru agar umat Islam melazimi jemaah (iaitu kaum Muslimin) sering ditafsirkan sebagai bersatu di bawah "jemaahnya" sahaja dan bukannya jemaah lain. Hadis yang menghalalkan darah golongan yang meninggalkan jemaah Muslimin (meninggalkan agama Islam) juga ditafsirkan oleh sesetengah golongan yang taasub jemaah sebagai dalil untuk menghalalkan darah mereka yang bukan dari jemaah mereka. Tidak hairanlah di zaman 90'an, antara buku-buku "Haraki" yang timbul adalah berkaitan usaha menonjolkan "kebenaran" jemaah masing-masing. 'Haram ta'adud jamaah' (haram wujudnya lebih dari satu jemaah) dan 'wajib hanya ada satu jemaah di bumi Malaysia' menjadi slogan yang suci bagi sesetengah golongan seolah-olah menafikan kebaikan jemaah lain. Gejala takfir, menyesatkan, memulaukan dan juga memperkecil-kecilkan kumpulan lain juga menjadi satu "sunnah" sesetengah golongan pelampau pendukung pemikiran jemaah centric. Keadaan yang lebih parah dapat disaksikan di IPT yang menjadi gelanggang tarik menarik pelajar-pelajar baru oleh jemaah-jemaah ini. Di luar Timur Tengah keadaan semakin serius sehingga ada insiden tumbuk menumbuk dan juga pergaduhan demi mempertahankan jemaah masing-masing. Begitulah impak buruk pemikiran jemaah centric ini yang telah menjadi satu fitnah yang melanda umat Islam. Kebangkitan Tahun 1998 Jika tidak kerana reformasi 1998, nescaya pemikiran jemaah centric akan terus kekal. Di sebalik kepahitan ada rahmat, itulah hikmah yang boleh diambil daripada peristiwa reformasi 1998. Kebanyakan pendukung jemaah centric telah mula bersatu dan boleh menerima kewujudan jemaah yang berbeza. Mereka mula sedar bahawa jemaah mereka sahaja tidak akan dapat membawa perubahan kepada masyarakat Malaysia. Antara impak yang paling ketara terhadap perubahan ini ialah terbentuknya "Barisan Alternatif" yang digagaskan oleh unsur-unsur jemaah centric. Sayangnya, selepas perubahan tersebut tidak kekal. Bukan hanya sekadar perpecahan berlaku dalaman "Barisan Alternatif", malah kejayaan menawan negeri Terengganu menggelap mata sesetengah golongan untuk memonopoli kejayaan walaupun hakikatnya usaha itu hasil kolektif pelbagai pihak. Terbukti pemikiran jemaah centric masih mempengaruhi sesetengah pihak sehingga membawa kepada perpecahan. Maka, apakah penyelesaiannya? Apakah jemaah-jemaah yang wujud perlu dileburkan menjadi satu jemaah yang unggul sahaja? Dengan itu umat Islam semua akan bersatu di bawah satu panji "ummah" sahaja tanpa khilaf dan perpecahan! Bunyinya begitu indah, hakikatnya slogan-slogan tersebutlah yang akhirnya membawa kepada perpecahan yang lebih teruk. Slogan "kembali kepada satu jemaahlah yang telah menyebabkan krisis di antara jemaah berterusan, dari dulu, kini dan selamanya. Mengapa? Ini kerana tabiat manusia itu berbeza, gaya pemikirannya berlainan, tahap pemikiran tidak sama, dan manusia itu sendiri secara fizikalnya berbeza-beza. Perkara inilah yang telah disentuh oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya "al-Sahwah al-lslamiyyah baina al-Ikhtilaf al-Masyru' wa tafarruq al-mazmum" Pemikiran "Ummah Centric" Tiada salahnya kewujudan jemaah-jemaah selagi mereka berpaksikan pemikiran "Ummah Centric" dan bukannya "Jemaah Centric". Tidak salah wujudnya jemaah-jemaah selagi ia wujud sebagai organisasi untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan perubahan secara kolektif, dan tidak lebih daripada organisasi yang menghimpunkan ahli-ahli yang mempunyai persamaan dan keserasian untuk mencapai objektif yang sama. Tiada salah juga berjemaah selagi ia membawa kepada penyatuan tenaga untuk melakukan kerja-kerja Islam di bawah satu organisasi yang tersusun kemas selaras dengan seruan Allah SWT: "Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berperang di jalan-Nya di dalam satu barisan, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang kukuh"(al-Saff: ayat 3). Jangan lebih daripada itu hendaknya. Jika adanya unsur 'jemaah saya yang utama', 'Jemaah saya yang paling hebat', 'jemaah saya yang paling hebat tarbiah', 'jemaah saya yang paling sunnah", 'jemaah saya yang paling ulama' dan lain-lain kredibiliti yang mengatasi kesatuan ummah, maka perpecahan akan segera timbul. Pemikiran 'Ummah Centric' perlu dihayati oleh seniua umat Islam seperti mana ia dihayati oleh umat terdahulu. Bukankah Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah aku." (al-Anbiya: ayat 92), dan juga firman Allah SWT, "Sesungguhnya mukmin tu bersaudara, maka damaikanlah dua saudaramu (yang bertelagah)." (al-Hujuraat: ayat 10). Begitu juga dengan hadis-hadis yang menekankan kepentingan ukhuwah dan kesatuan umat. Pemikiran ummatik inilah yang semestinya mencorakkan cara berfikir, cara berukhuwah, cara bertindak dan juga cara menilai sesuatu. Janganlah ada pilih bulu dalam berukhuwah, jika seseorang itu satu jemaah, maka itulah "sahabat", "ikhwah", "puak" atau golongan kita. Orang dari jemaah lain pula diberikan layanan kelas kedua, hanya kerana mereka bukan "ahli jemaah" kita. Dalam menuntut ilmu juga begitu juga hendaknya, dan bukannya sikap mengikuti atau mendengar atau menghadiri hanya kuliah-kuliah dan kelas-kelas pengajian "oghe-oghe kito" sahaja dan menutup telinga dan pintu hati pada orang-orang dari jemaah lain. Dalam membaca begitu juga, Janganlah hanya membaca literasi "harakah" yang versi "fikrah kita" sahaja dan memandang sepi literasi hasil tulisan orang-orang dari kumpulan lain, walhal kemungkinan apa yang ada pada orang lain itu lebih bermanfaat dan lebih baik. Pemikiran ummatik ini perlu disemadikan di dalam hati para pencinta Islam dan pejuang-pejuang syariat Islam agar segala usaha dirasakan sebagai tanggungjawab bersama. Jika beroleh kemenangan, ia tidak akan dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja, tetapi dirasakan sebagai milik semua. Jika ada kelemahan terhadap usaha orang lain, pihak yang nampak kelemahan tersebut, walaupun dari jemaah lain, akan segera membantu untuk memperbaikinya dan bukan menghentam atau menjadikannya sebagai hujah untuk menjatuhkannya. Pemikiran ummatik juga akan membuatkan semua jemaah melihat jemaah-jemaah lain sebagai rakan setugas, rakan sepasukan dan juga rakan seperjuangan, yang walaupun lain gaya bekerja, tetapi tetap di bawah satu majikan yang sama. Pemikiran ummatik juga akan menguatkan lagi usaha-usaha untuk tajdid, islah dan dakwah. Sinergi di antara jemaah di atas usaha-usaha bersama akan lebih banyak dan lebih memberikan impak. Tanpa prejudis, tanpa kebencian, tanpa hasad,tanpa fitnah memfitnah, tanpa jatuh menjatuhkan, tanpa hentam menghentam, dan yang penting lagi tanpa merasakan orang di luar jemaah kita adalah "orang lain". Jika semua pendukung jemaah-jemaah yang wujud dapat merasakan bahawa semua jemaah-jemaah dan juga orang-orang lain yang mungkin tidak berjemaah sebagai saudara seummah mereka, di waktu itu, insya-Allah keberkatan dan bantuan Allah akan turun. Hal ini perlu dimulakan segera, bermula dengan pemikiran dan juga hati! Fiqh Ikhtilaf Selain daripada berfikiran ummah centric, para pencinta Islam juga wajib menghayati flqh dan juga adab berikhtilaf. Kata-kata Imam al-Syafi'i yang berbunyi : "Pandanganku adalah benar menurut pendapatku, tetapi berkemungkinan silap, dan pendapat lawanku adalah silap pada pandanganku, tetapi berkemungkinan mengandungi kebenaran". Kata-kata al-Marhum Rashid Redha yang kemudiannya dipopularkan oleh Hassan al-Banna juga merupakan satu kaedah emas yang boleh dijadikan penawar di dalam menangani masalah perpecahan disebabkan pemikiran jemaah centric. Beliau berkata: "Kita bekerjasama di dalam perkara yang kita sepakati dan kita berlapang dada di dalam apa yang kita perselisihkan" Di dalam berikhtilaf semua pihak perlulah ikhlas dan benar-benar meletakkan Islam sebagai matlamat mereka dan bukannya jemaah atau fikrah. Bunyinya seperti mudah, namun pelaksanaannya tidak semudah diucapkan. Sekali lagi ia perlu bermula dari hati, dari pemikiran dan juga dari roh" ummah centric". *Centric membawa maksud : paksi, jemaah centric membawa maksud pemikiran berpaksikan jemaah, manakala ummah centric pula membawa maksud, pemikiran berpaksikan konsep satu ummah.

yahoogroup..

Harta Pusaka Beku..

Date: Tue, 20 Dec 2005 06:07:04 -0800 From: Fatkurradzi Jamil <radzi2u@gmail.com>
Subject: HARTA PUSAKA BEKU - KERUGIAN & PUNCA

Aslm wbtDi dlm bahagian ini, insya Allah, kita akan menyentuh tentang kerugianakibat harta pusaka beku & punca2nya.

*****Pendahuluan

*Di Malaysia terdapat hampir 1 juta kes asset pusaka beku dianggarkanbernilai di antara RM10 – 15 billion. Di antara kerugian harta pusakaterbeku ialah:· Waris tidak dapat menikmati harta peninggalan si mati.· Negara menanggung kerugian akibat tanah-tanah pertanian di luarbandar & tanah-tanah komersial di bandar terbiar.

*Punca-punca**

*Di antara punca-punca terbekunya harta pusaka ialah:·
Tiada kesefahaman di antara pemilik-pemilik yg ramai keatas lot-lot tanah bersama.
- Pemilik lot-lot tanah yang telah lama meninggal dunia, sebahagian waris asal telah mati dan meninggalkan waris-waris pengganti yang tidak menetap di situ.
Kurang pemahaman tentang Sistem Fara'id
– bertentangan dengansifat Islam yang tidak statik dan jumud.
Penentuan bahagian diterima bulat-bulat sehingga setiap warismenerima bahagian yang sangat kecil, for eg. tanah yang tidak sampai suku hektar seorang.

"Bahagian" ini sebenarnya bolehlah dijelmakan dalam bentuk wang/harta lainyang senilai dengannya. Jika harta si mati terdiri daripada beberapa bidangtanah, maka bahagian setiap ahli waris sebenarnya boleh ganti atau diberikanhanya di atas mana-mana satu bidang tanah sahaja supaya bahagian tersebutmenjadi lebih luas dan ekonomik untuk diusahakan.Jika bahagian tersebut terlalu kecil, ianya hendaklah dinilai dalam bentukwang dan waris tersebut akan dibayar bahagiannya, dan melepaskan bahagiannyakepada waris lain yang mempunyai bahagian yang lebih besar.

· Perbalahan hakmilik tanah yang tidak dipecah sempadan. Hanya warisyang berpengaruh sahaja dapat menikmati hasil tanah pusaka dan yang lainterpinggir.
·Sikap suka bentangguh
- biasanya permohonan dibuat selepas 6 bulanhingga bertahun-tahun dari tarikh kematian.
· Tanggapan bahawa urusan penyelesaian harta pusaka adalah susah danmahal.
· Tanggapan bahawa harta pusaka tidak akan hilang walaupun lewat diselesaikan.
· Sistem yang memerlukan waris membuat permohonan
- banyak harta pusakayang belum ibuat permohonan untuk pembahagian dan sesetengahnya melibatkankematian yang terlalu lama. Ada yang telah dipohon, tetapi ditinggalkanseparuh jalan apabila pemohon menghadapi berbagai masalah untukmeneruskannya.
Sekian, next kita akan menyentuh tentang cara-cara menangani permasalahan diatas, insya Allah.

--Ikhlas

FATKURRADZI JAMILBA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)Islamic Non-Banking Financial Institution (NBFI) Consultant****************************************************************013-391 2691, 013-391 2692 & 016-371 9925 ikhlas2u@gmail.comwww.ikhlas2u.faithweb.com****************************************************************TAKAFUL - Family, General & HospitalisationISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & FaraidHAJJ & UMRAH*********************************************************************************MADANI AGENCY(Representing)TAKAFUL IKHLAS SDN BHD (593075-U)28 Level 1 Medan Pusat Bandar 1Section 943650 Bandar Baru BangiSelangor Darul EhsanTel: 03-8926 1034 Fax: 03-8926 1033************************************************

Pentadbiran harta pusaka..

Date: Tue, 20 Dec 2005 09:49:51 +0800 From: Fatkurradzi Jamil <radzi2u@gmail.com>Subject: Fwd: [kolejislam] PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKAAslm wbtJust to share among us, TQ.---------- Forwarded message ----------From: herlina halim <lawyer_syarie@yahoo.com>Date: 20-Dec-2005 09:35Subject: [kolejislam] PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKATo: kolejislam@yahoogroups.com

Assalamualaikum wrt.. sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat..Prosesini akan dilalui oleh waris-wari sekiranya si mati tidak mempunyai dokumenwasiat yang sah dan si mati tidak mempunyai perancangan terhadap hartanyasebelum kematiannya.

PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKA[Proses di Amanah Raya Berhad]

1. PERMOHONAN ARB menyediakan Borang Permohonan Mentadbir Harta Pusaka. Borang perludilengkapkan dan dokumen-dokumen penting disertakan. Dokumen penting yangdiperlukan antaranya adalah adalah sijil kematian/bukti kematian, sijilnikah, salinan kad pengenalan / sijil kelahiran waris, dokumen yangmenunjukkan hak simati atas sesuatu harta misalnya buku simpanan bank ataugeran kereta atau geran tanah.

2. PENGESAHAN Di dalam proses pengesahan kedudukan waris, harta dan liabiliti simatidisahkan dengan menyiasat dan membuat pertanyaan dengan pihak yangberkenaan. Carian di Mahkamah Tinggi perlu dibuat bagi mengesahkan tiadapihak yang telah mentadbirkan harta pusaka simati bagi mengelakkanpertindihan tindakan. Carian rasmi di Pejabat Tanah dibuat bagi mengesahkanbahawa simati adalah tuanpunya berdaftar tanah yang disenaraikan sebagaihartanya dan laporan nilaian tanah juga diperolehi samada daripada PenilaiKerajaan atau Swasta.

3. PENERIMAAN Setelah penyiasatan dan pengesahan selesai, pentadbiran harta pusaka tersebut boleh dibuat penerimaan untuk ditadbirkan.

4. PENGELUARAN SURAT KUASA Proses pengeluaran Surat kuasa bergantung kepada seksyen pentadbiran bagisesuatu harta pusaka tersebut. Jika melibatkan kuasa ARB dalam membuatpentadbiran secara terus, ARAHAN atau AKUAN akan dikeluarkan di bawah AktaPerbadanan Amanah Raya 1995. Jika melibatkan harta pusaka kecil petisyen akan difailkan di PejabatPenyelesai Pusaka Kecil (PPPK) mengikut prosedur di bawah Akta Harta PusakaKecil (Pembahagian) 1955. PPPK akan menetapkan tarikh perbicaraan dan akanmengeluarkan perintah sama ada dalam bentuk Borang E iaitu PerintahPembahagian atau Borang F iaitu melantik Pentadbir. Jika melibatkan harta pusaka yang jatuh di bawah bidangkuasa MahkamahTinggi, Petisyen untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM) atau GeranProbet akan difailkan. Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh perbicaraandan perintah pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir akan dibuat. SKM akan dibuatcabutan bagi memberi ARB kuasa untuk bertindak sebagi Pentadbir atau wasi.

5. PENGHASILAN Selepas Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan, aset harta pusaka akandikumpulkan. Misalnya sekiranya wang simati ada dalam akaun simpanan dibank, ARB akan mengemukakan salinan Surat Kuasa Mentadbir kepada bank yangkemudiannya akan membuat cek bayaran atas nama simati. Wang yangdiperhasilkan akan dimasukkan ke dalam akaun simati dengan ARB. Jika melibatkan tanah, proses alihnama daripada nama simati kepada ARBsebagai Pentadbir akan dibuat. Jika waris ingin menerima bahagian atastanah, proses yang dibuat adalah untuk mendapatkan perintah Mahkamah untukperintah pindahmilik kepada waris. Setelah perintah pindahmlik diperolehi,ARB akan melaksanakan pindahmilik melalui Borang 14A untuk pindahmilik tanahkepada waris. Jika waris hendak menjual tanah tersebut, perintah Mahkamahakan diperolehi dan ARB akan menjual tanah dengan memasuki perjanjianjualbeli dan hasil jualan yang diperolehi selepas ditolak kos sertaperbelanjaan, bakinya akan dibahagikan kepada waris. Pada peringkat ini juga sekiranya sebahagian besar harta telah dapatdiperhasilkan, bayaran interim boleh dipertimbangkan untuk dibayar kepadawaris. Hutang dan liabiliti simati akan dibayar selepas ARB sebagai Pentadbirberpuashati bahawa hutang yang dituntut adalah merupakan hutang simati.

6. PEMBAHAGIAN Setelah baki atau harta pusaka simati ditentukan, ianya telah sampai keperingkat pembahagian. Pembahagian dibuat mengikut Faraid bagi harta pusakaorang Islam. Sekiranya waris bersetuju dan memberi surat pesetujuan ataumembuat Suratikatan Pakatan keluarga, pembahagian akan dibuat sebagaimanadipersetujui. Jika simati meningalkan Wasiat, pembahagian pusaka akan dibuat mengikutWasiat simati. Bagi harta pusaka orang bukan Islam, peruntukan dalam AktaPembahagian 1958 akan dikuatkuasakan dalam membuat pembahagian.

7. PENYEDIAAN AKAUN ARB sebagai Pentadbir bertanggungjawab untuk menyediakan akaun hartapusaka bagi menunjukkan kedudukan sebenar harta pusaka. Akaun yangdisediakan menyenaraikan aset yang diperhasilkan, liabiliti yang dibayar danbaki yang ada. Perincian nama waris dan bahagian yang diterima sertajumlahnya adalah dibentangkan dalam Penyata Akaun Harta Pusaka berkenaan. 8. PENUTUPAN Setelah cek diserahkan kepada waris kes pusaka akan didaftarkan sebagaipusaka yang telah diselesaikan dan ditutup. Regards, Hairin Herlina Abdul Halim ( KISAS 98-99 ) Amanah Raya Berhad Jalan Ampang Kuala Lumpur 03-20557372RABBI...redhaMu Impianku..._________________________________________________

Sila layari laman web rasmi ALKIShttp://www.alkis.org.myForum Alkishttp://www.alkis.org.my/forumPengumpulan Gambar Jubli Emas Kolej Islamhttp://www.alkis.org.my/cpg133

Friday, December 23, 2005

1st day.

assalamu'alaikum..

Baru jer daftar hari nih..selama nih dok baca blog orang jerr.

Hmm, kat cc nih..

cuci gambar, sementara nak tunggu siap, hamba mai la kat cc nih..

OK la, jumpa lain kali..;o)