Saturday, December 24, 2005

Harta Pusaka Beku..

Date: Tue, 20 Dec 2005 06:07:04 -0800 From: Fatkurradzi Jamil <radzi2u@gmail.com>
Subject: HARTA PUSAKA BEKU - KERUGIAN & PUNCA

Aslm wbtDi dlm bahagian ini, insya Allah, kita akan menyentuh tentang kerugianakibat harta pusaka beku & punca2nya.

*****Pendahuluan

*Di Malaysia terdapat hampir 1 juta kes asset pusaka beku dianggarkanbernilai di antara RM10 – 15 billion. Di antara kerugian harta pusakaterbeku ialah:· Waris tidak dapat menikmati harta peninggalan si mati.· Negara menanggung kerugian akibat tanah-tanah pertanian di luarbandar & tanah-tanah komersial di bandar terbiar.

*Punca-punca**

*Di antara punca-punca terbekunya harta pusaka ialah:·
Tiada kesefahaman di antara pemilik-pemilik yg ramai keatas lot-lot tanah bersama.
- Pemilik lot-lot tanah yang telah lama meninggal dunia, sebahagian waris asal telah mati dan meninggalkan waris-waris pengganti yang tidak menetap di situ.
Kurang pemahaman tentang Sistem Fara'id
– bertentangan dengansifat Islam yang tidak statik dan jumud.
Penentuan bahagian diterima bulat-bulat sehingga setiap warismenerima bahagian yang sangat kecil, for eg. tanah yang tidak sampai suku hektar seorang.

"Bahagian" ini sebenarnya bolehlah dijelmakan dalam bentuk wang/harta lainyang senilai dengannya. Jika harta si mati terdiri daripada beberapa bidangtanah, maka bahagian setiap ahli waris sebenarnya boleh ganti atau diberikanhanya di atas mana-mana satu bidang tanah sahaja supaya bahagian tersebutmenjadi lebih luas dan ekonomik untuk diusahakan.Jika bahagian tersebut terlalu kecil, ianya hendaklah dinilai dalam bentukwang dan waris tersebut akan dibayar bahagiannya, dan melepaskan bahagiannyakepada waris lain yang mempunyai bahagian yang lebih besar.

· Perbalahan hakmilik tanah yang tidak dipecah sempadan. Hanya warisyang berpengaruh sahaja dapat menikmati hasil tanah pusaka dan yang lainterpinggir.
·Sikap suka bentangguh
- biasanya permohonan dibuat selepas 6 bulanhingga bertahun-tahun dari tarikh kematian.
· Tanggapan bahawa urusan penyelesaian harta pusaka adalah susah danmahal.
· Tanggapan bahawa harta pusaka tidak akan hilang walaupun lewat diselesaikan.
· Sistem yang memerlukan waris membuat permohonan
- banyak harta pusakayang belum ibuat permohonan untuk pembahagian dan sesetengahnya melibatkankematian yang terlalu lama. Ada yang telah dipohon, tetapi ditinggalkanseparuh jalan apabila pemohon menghadapi berbagai masalah untukmeneruskannya.
Sekian, next kita akan menyentuh tentang cara-cara menangani permasalahan diatas, insya Allah.

--Ikhlas

FATKURRADZI JAMILBA Hons Accounting (UK), Dip in Accountancy (UiTM)Islamic Non-Banking Financial Institution (NBFI) Consultant****************************************************************013-391 2691, 013-391 2692 & 016-371 9925 ikhlas2u@gmail.comwww.ikhlas2u.faithweb.com****************************************************************TAKAFUL - Family, General & HospitalisationISLAMIC ESTATE PLANNING - Wasiat, Trust, Hibah, Waqaf & FaraidHAJJ & UMRAH*********************************************************************************MADANI AGENCY(Representing)TAKAFUL IKHLAS SDN BHD (593075-U)28 Level 1 Medan Pusat Bandar 1Section 943650 Bandar Baru BangiSelangor Darul EhsanTel: 03-8926 1034 Fax: 03-8926 1033************************************************

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home