Pentadbiran harta pusaka..
Date: Tue, 20 Dec 2005 09:49:51 +0800 From: Fatkurradzi Jamil <radzi2u@gmail.com>Subject: Fwd: [kolejislam] PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKAAslm wbtJust to share among us, TQ.---------- Forwarded message ----------From: herlina halim <lawyer_syarie@yahoo.com>Date: 20-Dec-2005 09:35Subject: [kolejislam] PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKATo: kolejislam@yahoogroups.com
Assalamualaikum wrt.. sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat..Prosesini akan dilalui oleh waris-wari sekiranya si mati tidak mempunyai dokumenwasiat yang sah dan si mati tidak mempunyai perancangan terhadap hartanyasebelum kematiannya.
PROSES DAN PROSEDUR PENTADBIRAN HARTA PUSAKA[Proses di Amanah Raya Berhad]
1. PERMOHONAN ARB menyediakan Borang Permohonan Mentadbir Harta Pusaka. Borang perludilengkapkan dan dokumen-dokumen penting disertakan. Dokumen penting yangdiperlukan antaranya adalah adalah sijil kematian/bukti kematian, sijilnikah, salinan kad pengenalan / sijil kelahiran waris, dokumen yangmenunjukkan hak simati atas sesuatu harta misalnya buku simpanan bank ataugeran kereta atau geran tanah.
2. PENGESAHAN Di dalam proses pengesahan kedudukan waris, harta dan liabiliti simatidisahkan dengan menyiasat dan membuat pertanyaan dengan pihak yangberkenaan. Carian di Mahkamah Tinggi perlu dibuat bagi mengesahkan tiadapihak yang telah mentadbirkan harta pusaka simati bagi mengelakkanpertindihan tindakan. Carian rasmi di Pejabat Tanah dibuat bagi mengesahkanbahawa simati adalah tuanpunya berdaftar tanah yang disenaraikan sebagaihartanya dan laporan nilaian tanah juga diperolehi samada daripada PenilaiKerajaan atau Swasta.
3. PENERIMAAN Setelah penyiasatan dan pengesahan selesai, pentadbiran harta pusaka tersebut boleh dibuat penerimaan untuk ditadbirkan.
4. PENGELUARAN SURAT KUASA Proses pengeluaran Surat kuasa bergantung kepada seksyen pentadbiran bagisesuatu harta pusaka tersebut. Jika melibatkan kuasa ARB dalam membuatpentadbiran secara terus, ARAHAN atau AKUAN akan dikeluarkan di bawah AktaPerbadanan Amanah Raya 1995. Jika melibatkan harta pusaka kecil petisyen akan difailkan di PejabatPenyelesai Pusaka Kecil (PPPK) mengikut prosedur di bawah Akta Harta PusakaKecil (Pembahagian) 1955. PPPK akan menetapkan tarikh perbicaraan dan akanmengeluarkan perintah sama ada dalam bentuk Borang E iaitu PerintahPembahagian atau Borang F iaitu melantik Pentadbir. Jika melibatkan harta pusaka yang jatuh di bawah bidangkuasa MahkamahTinggi, Petisyen untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir (SKM) atau GeranProbet akan difailkan. Mahkamah Tinggi akan menetapkan tarikh perbicaraandan perintah pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir akan dibuat. SKM akan dibuatcabutan bagi memberi ARB kuasa untuk bertindak sebagi Pentadbir atau wasi.
5. PENGHASILAN Selepas Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan, aset harta pusaka akandikumpulkan. Misalnya sekiranya wang simati ada dalam akaun simpanan dibank, ARB akan mengemukakan salinan Surat Kuasa Mentadbir kepada bank yangkemudiannya akan membuat cek bayaran atas nama simati. Wang yangdiperhasilkan akan dimasukkan ke dalam akaun simati dengan ARB. Jika melibatkan tanah, proses alihnama daripada nama simati kepada ARBsebagai Pentadbir akan dibuat. Jika waris ingin menerima bahagian atastanah, proses yang dibuat adalah untuk mendapatkan perintah Mahkamah untukperintah pindahmilik kepada waris. Setelah perintah pindahmlik diperolehi,ARB akan melaksanakan pindahmilik melalui Borang 14A untuk pindahmilik tanahkepada waris. Jika waris hendak menjual tanah tersebut, perintah Mahkamahakan diperolehi dan ARB akan menjual tanah dengan memasuki perjanjianjualbeli dan hasil jualan yang diperolehi selepas ditolak kos sertaperbelanjaan, bakinya akan dibahagikan kepada waris. Pada peringkat ini juga sekiranya sebahagian besar harta telah dapatdiperhasilkan, bayaran interim boleh dipertimbangkan untuk dibayar kepadawaris. Hutang dan liabiliti simati akan dibayar selepas ARB sebagai Pentadbirberpuashati bahawa hutang yang dituntut adalah merupakan hutang simati.
6. PEMBAHAGIAN Setelah baki atau harta pusaka simati ditentukan, ianya telah sampai keperingkat pembahagian. Pembahagian dibuat mengikut Faraid bagi harta pusakaorang Islam. Sekiranya waris bersetuju dan memberi surat pesetujuan ataumembuat Suratikatan Pakatan keluarga, pembahagian akan dibuat sebagaimanadipersetujui. Jika simati meningalkan Wasiat, pembahagian pusaka akan dibuat mengikutWasiat simati. Bagi harta pusaka orang bukan Islam, peruntukan dalam AktaPembahagian 1958 akan dikuatkuasakan dalam membuat pembahagian.
7. PENYEDIAAN AKAUN ARB sebagai Pentadbir bertanggungjawab untuk menyediakan akaun hartapusaka bagi menunjukkan kedudukan sebenar harta pusaka. Akaun yangdisediakan menyenaraikan aset yang diperhasilkan, liabiliti yang dibayar danbaki yang ada. Perincian nama waris dan bahagian yang diterima sertajumlahnya adalah dibentangkan dalam Penyata Akaun Harta Pusaka berkenaan. 8. PENUTUPAN Setelah cek diserahkan kepada waris kes pusaka akan didaftarkan sebagaipusaka yang telah diselesaikan dan ditutup. Regards, Hairin Herlina Abdul Halim ( KISAS 98-99 ) Amanah Raya Berhad Jalan Ampang Kuala Lumpur 03-20557372RABBI...redhaMu Impianku..._________________________________________________
Sila layari laman web rasmi ALKIShttp://www.alkis.org.myForum Alkishttp://www.alkis.org.my/forumPengumpulan Gambar Jubli Emas Kolej Islamhttp://www.alkis.org.my/cpg133


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home