Tuesday, February 12, 2008

mencari nur hidayah..

assalamu'alaikum.. :)

warna kehidupan

Warna-warni kehidupan di dunia..di dunia yang sementara dan
pasti lenyap pada suatu hari yang telah dijanjikan.

..terlontar di dunia inie bukanlah dengan kehendak diri sendiri
melainkan ia adalah Kehendak ILAHI. Pernah semasa down di
zaman remajaku, ku fikir..mengapa ALlah 'Azza Wajalla
menjadikanku. Aku tidak mahu hidup di dunia inie.

..Aku sedih mengenangkan hidupku ketika itu. Tidak bermakna.
Mengapa ALlah 'Azza Wajalla mengujiku begitu?

Syukur..

..mujur juga ALlah 'Azza Wajalla mencetus ilham untuk mencari
Islam yang sebenar seawal usia remajaku..

Mengenangkan betapa banyaknya fikrah di Akhir Zaman inie..
Ramaii yang terikut2 dengan pelbagai fikrah yang ada..

..yang berminat dengan tasawuf, mengambil tasawuf kerana
'kuasa' yang ada padanya, terbukanya hijab. Ramaii juga
yang terpesona dengan tasawuf yang ringan, tidak perlu solat
dan berpuasa. Kata Imam Ghazali, orang sebegitu adalah zindik.

Yang berminat dengan hukum, mereka berani menjatuhkan
hukum kepada masyarakat yang jahil..berdebat menjadi hobi..

..menginginkan kepada terbinanya sebuah negara Islam..

Mahu tidak mahu, ummat Islam perlu memandang ke belakang.
..kepada sejarah silam..perjuangan RasululLah SAW dan para
Sahabat RA.

muhasabah diriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

..ketikaku berhijrah.. ku ingin tergolong di kalangan mereka yang
berjuang pada Jalan ALlah 'Azza Wajalla. Siapakah golongan yang
ku harus jadikan contoh..?

Iyerr..

..tiada contoh selain RasululLah SAW.

Bagaimana harus bermula..?

..ku ingin mengikut jejak para Sahabah RA. Mereka mengambil
'ilm daripada RasululLah SAW. Apa yang disampaikan kepada
mereka adalah al-Quran dan Hadis. Hadis bermaksud kata2 dan
perbuatan RasululLah SAW. Itulah yang mereka turuti. Mereka
meniru perbuatan RasululLah SAW yang mulia. Mereka sentiasa
bersama2 dengan Baginda SAW.

RasululLah SAW telah wafat namun al-Quran, qalam ALlah SWT
dapat dibaca. Hayati al-Quran, semoga dengannya ALlah 'Azza
Wajalla memberi faham kepadamu dengannya. Hadis2nya dapat
dipelajari dan dihayati dalam kehidupan..

..bagaimana Tabiin mengambil 'ilm? Mereka berjalan berbatu2
untuk sampai ke rumah Guru. Mereka dekat dengan Guru mereka.
Mereka belajar dengan tekun..bertalaqqi dan menghormati Guru.
Guru2 mereka mengenali mereka dan mensahkan 'ilm yang
mereka ambil.

Ku ingin sekali mengikut jejak mereka. Ingin menyusuri jejak2
kaki mereka menuntut 'ilm. Andai dapat ke Timur Tengah,
bumi para Anbiya' dan Sadiqin..

..begitulah keinginan insan2 yang ingin berjalan pada Jalan ALlah.
Keinginannya begitu tetapi ALlah 'Azza Wajalla Lebih Tahu dan
Berkehendak.

Ku sedar diriku dan berkata, aku tidak mampu ke sana tetapi
mereka di sana membaca al-Quran yang sama dan Hadis yang
boleh dicari di sinie.

..aku boleh mentelaah al-Quran dan Hadis di Malaysia..

AlhamdulilLah, biarkan diriku tidak sampai di sana tetapi Guru2
yang pernah menjejakkan kaki dan belajar di sana pernah
mengajarku..

..aku juga hairan.. pelajar2 yang dihantar belajar di Timur Tengah
sangatt ramaii tetapi sejauh mana 'ilm mereka itu telah dapat
menyelamatkan ummat..? Sejauh mana 'ilm mereka dapat
memimpin ummat?

..sebagaimana RasululLah SAW, Sahabah RA dan Tabiin memimpin
ummat dengan nur Islam..

ALlah! Ku rindu bangatt dengan zaman yang gilang-gemilang
dengan nur Iman dan Islam..rindu sangatt. isk..:nangis: :nangis:

Gejala sosial bermaharajalela.. masyarakat gemar berhibur dan
tidak mengerti akan 'ilmu agama.. muda-mudi Akhir Zaman
kian jauh daripada nilai2 Islam. Mereka yang beraliran agama
pula terjebak dan terpengaruh dengan nilai2 Barat yang diimport
melalui hiburan2 di layar perak dan di kaca televisyen.

..warna-warni kehidupan yang pasti dihitung ILAHI akan setiap
dzarrah. Tiap2 kata yang memaki, mengumpat, bergurau yang
berlebih2an, berkata2 yang tiada manfaat untuk Akhiratnya..

Aduh! Begitu sekali hitungan ILAHI. Lidah yang kerap melakukan
dosa. Balasannya akan dilihat di Akhiratt.

..begitu pula mata, telinga.. itu yang dipelajari daripada kitab
'Penawar bagi Hati'.

..menjaga yang zahir.. dan perlu pula menjaga yang batin.
Menjaga hati daripada unsur2 riak, ujub, takbur, dengki, hasad..

Islam itu mensucikan yang zahir dan batin.. Iman itu memelihara
dirimu daripada maksiat.

Warna-warni kehidupan di dunia.

..seringkali manusia menuruti hawa nafsunya. Menuruti
keinginannya dan bukan iman di hati. Manusia berTuhankan
hawa nafsu..keinginan2 mereka berbanding ALlah Yang Esa.

Manusia membuat hukum sendiri agar sesuai dengan Kehendak
..Keinginan mereka..

..mereka ingin kepada Islam tetapi masih menuruti Keinginan2
mereka..


astaghfirulLahal 'Aziem.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home