Tuesday, March 18, 2008

pesan Habib Umar bin Hafizh

assalamu'alaikum..

Tiba2 aku teringat akan pesan Habib Umar bin Hafizh supaya
melazimkan membaca Ratib Haddad. Sesuatu bakal berlaku
dalam setahun dua lagie. Adik 'S' yang menyampaikan pesanan
itu. Daripada AZM. Tidak tahu samada baik atau buruk..

..tiba2 rasa khuwatir menguasai diriku. Ya ALlah! Selamatkan
kamiiii..

Melihat keadaan politik yang huru-hara sekarang nih menakutkan
aku. Ca ya nun alif banyak menang dalam pilihanraya baru2 inie dan
tidak sabar2 untuk merealisasikan agenda mereka..

Apa yang dikatakan oleh Habib Umar bakal berlaku..

..erm, lazimkan membaca Ratib Haddad..

berhati2lah dengan firasat orang2 Mukmin..

Wednesday, March 12, 2008

PAS' Nizar is new Perak MB

PAS' Nizar is new Perak MB

Andrew Ong | Mar 12, 08 5:49pm

Pasir Panjang state assembly person and Perak PAS secretary Mohamad Nizar Jamaludin was today confirmed as the new menteri besar of the state.

The decision was reached after the Regent of Perak Raja Nazrin Shah met with the three nominees for the post this evening.

The other two candidates for the post were state DAP chairperson and Sitiawan state assemblyperson Ngeh Khoo Ham and PKR’s Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi.

Also decided today is that Ngeh would be made the deputy menteri besar (1) while an Indian candidate would be made deputy menteri besar (2).

Earlier, the Penang state government has announced a similar multiracial arrangement for its top leadership.

The Indian deputy MB will come from one of the five elected assemblypersons - four from DAP and one from PKR

They are DAP’s A Sivanesan (Sungkai), KS Keshvinder Singh (Malim Nawar), VN Sivakumar (Tronoh) and A Sivasubramaniam (Buntong) and PKR’s S Kesavan.

Nizar will be sworn in as the new menteri besar at 4pm tomorrow.

Under the state constitution, the menteri besar has to be a Malay Muslim, but there is a provision that allows the sultan to waive the requirement.

Of a total of 59 state seats, DAP controls 18 seats while PKR has seven and PAS six, making a total of 31. The remaining 28 are in the hands of BN.

A down-to-earth guy

Nizar apologised for causing some anxiety among the public in the late announcement of the post.

“I would also like to give my assurance that all state decisions will be made collectively,” he told reporters.

Nizar, 51, is one of the professionals who made it to the top echelon of the PAS leadership in the state.

An engineer who obtained his degree from United Kingdom’s Aston University of Science and Technology in Birmingham, Nizar was highly respected for being a Quran reading champion.

“He is the religious type and a successful businessman,” said cousin Shuib Hussin, 70.

Meanwhile, close friend Khalilul Rahman Abdul Samah described Nizar as a down-to-earth person.

“He has good rapport with the people. I was with him once when he stopped by the roadside to help some stranger fix his car.”

A potential political minefield

Nizar is expected to announce his two deputies tomorrow prior to the swearing in ceremony.

Under the Perak constitution, there are 10 state exco members and one menteri besar. It is understood that the two deputy menteris besar would have to hold exco portfolios as well.

Ngeh told reporters that all three parties have in principle agreed that the DAP would be holding the majority of exco positions as they hold the most number of state seats.

“In a normal democratic process, we would be invited to head the state. But in the special circumstances of Perak and to be sensitive to Malay Muslims, Mohamad Nizar was appointed menteri besar,” he said.

Newly re-elected Pantai Remis DAP assembly person Nga Kor Ming, who accompanied Ngeh, expects mixed reactions from all political parties to the latest development.

“But I stress that the appointment of the menteri besar is the prerogative of the sultan,” he said when asked if Mohamad Nizar’s appointment would go down well with DAP supporters.

DAP had vehemently rejected PAS’ conservative religious agenda in favour of a secular “Malaysian Malaysia” and had even left the PAS-PKR Barisan Alternatif coalition in protest in 2001.

With the appointment of a PAS menteri besar and DAP’s clout in the state exco, both DAP and PAS would be navigating through a political minefield due to their ideological differences and polar-opposite party makeup.

However, with the swearing-in ceremony confirmed for tomorrow, Perak residents can now sigh a breath of relief in the midst of protracted speculations over the menteri besar post and the possibilities of DAP-PKR-PAS members crossing over to Barisan Nasional.

http://www.malaysiakini.com/news/79710

satu perjuangan..

assalamu'alaikum..

hidup inie..

Aku suka berbicara tentang hidup kerana hidup inielah yang
sedang kita semua lalui. Apa saja yang kita rasakan..yang pasti
kita akan kembali kepada ALlah! Al-Khaliq!

AlhamdulilLah, rencah kehidupan di bumi malaysia nih baru sahaja
mengahabiskan episod pilihanraya pada hari sabtu, 8 Mac yang
lalu. Syukur sangatt dengan kemenangan BA. Ia adalah satu
keputusan yang mengejutkan banyak pihak.

..siapa sangka, barisan BA yang digelar pembangkang inie diberi
mandat kepada 6 negeri. Selangor, Perak, Kedah, Kelantan,
Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. BN tumbang
di tangan mereka.

Ya ALlah! Seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku tetapi
itulah kuasa ALlah 'Azza Wajalla.

Merasa teruja dengan keputusan pilihanraya, aku tidur lewat
untuk mendengar berita di kaca televisyen. Pakcikku yang 2
orang tu begitu bersemangat. Pak Teh dan Pak Su..siap calling2
lagi dengan kawan2 mereka. erm, taktau Pak Teh tido pukul
berapa hari tu..

Malam itu kenduri, hari Ahad pula walimah KZ. Aku dan cousins
tidur lewat..aku paling lewat tido sebab teruja sangatt nak tahu
siapa lagi yang menang dan yang ditumbangkan tetapi tidak
banyak yang diberitakan selepas tu. Kul 4 baru nak tido.

Sangatt merasakan bantuan ILAHI ke atas keputusan pilihanraya.
Petang sabtu itu hujan di kampungku, di Perak. AlhamdulilLah,
hujan rahmat buat seluruh rakyat yang cintakan Islam dan
ke'adilan.

Selepas melihat kemenangan demi kemenangan yang diraih, aku
mula berfikir apakah yang menyumbang kepada kemenangan BA?

..aku kira, peranan media di internet sangatt membantu. Bloggers
tidak jemu2 memblog terutamanya Ustaz Hasrizal di
Saifulislam.com. Memang rutinku untuk berkunjung ke sana..
blog lain aku kurang baca. Aku lihat Ustaz sangatt gigih menulis
tentang etika2 mengundi.[betul ker ayat nih, he..]

Majoriti penduduk KL dan Selangor celik IT. Berita di internet
sungguh berbeza dengan berita di kaca televisyen dan surat kabar.

Kenalanku, K. MRSDH dan B. KHRL sering menghantar sms..
minta berdo'a dan solat hajat, puasa dengan arahan Tok Guru.

..begitu terasa seolah2 Tok Guru dan rakyat sedang berperang
dengan musuh.

Sehinggakan semasa hari mengundi, K. MRSDH menghantar sms
supaya membaca surah al-Fill.

..Ku do'a semoga ALlah 'Azza Wajalla membantu pejuang2
Islam. Semoga ALlah Ta'ala memenangkan pejuang2 Islam.

Apabila mendengar kemenangan inie, memang sangat teruja..
syukur yang amatt.

..perjuanganmu tidak sia2 wahai mujahid2 dan mujahidah2 dan
seluruh rakyat yang cintakan ke'adilan!

terima kasih Ya ALlah atas kemenangan inie..

Labels:

ku mencari di mana dia al-Ghazali..??????

assalamu'alaikum..

..berbicara soal kehidupan..

Di sepanjang kehidupan seseorang insan, berbagai-bagai
keadaan dirasai. Mendepani masalah, merasai kesusahan..

..diberi nikmat bahagia, kesenangan, ketenangan.

ALlah 'Azza Wajalla Maha 'Adil Memberi..

Samada ia bahagia, derita atau sengsara..semuanya UJIAN
buat hamba2NYA.. semoga mereka selalu Ingat kepadaNYA,
Al-Khaliq. Rabbal 'alamiin..

..terfikir di benak hati seorang insan, betulkah jalanku. Hidup inie
untuk apa sebenarnya..? Apakah benar fikrah inie? Benarkah jalan inie
Diredhai ILAHI..?

..aku membaca kitab yang ditulis oleh al-Imam Ghazali yang
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Jelas buku yang
berasal daripada terjemahan 'Relung Cahaya' dan berasal daripada
kitab 'Misykat' itu mengisahkan tentang dirinya dan perjuangannya..

Imam al-Ghazali adalah seorang pemikir yang agung..

..Imam al-Ghazali menuliskan tentang bagaimana beliau mengkaji
beberapa golongan yang terdapat pada zamannya..

..ini termasuklah ahli2 'ilmu kalam dan falsafah, kumpulan
bathiniyyah dan golongan tasawuf.

Beliau mengkaji menuruti neraca al-Quran dan as-Sunnah. Beliau
mendapati kepincangan 'aqidah di antara mereka dan menemui
'kebenaran' dalam tasawuf.

..apa yang dapat aku katakan adalah, apa yang berlaku di zaman
Imam al-Ghazali bersamaan dengan zaman inie malah apa yang
berlaku sekarang adalah lebih pincang dan mencabar..

Membimbangkan apabila Ulama' memberitakan tentang
kepincangan berkaitan 'aqidah sehingga 'mentasybih'kan,
'mentajsim'kan sifat ALlah 'Azza Wajalla dengan makhluq.

Tidakkah inie sesuatu yang bahaya kepada 'aqidah?

..ku tidak mampu untuk menerangkan secara detil seperti
Imam al-Ghazali yang mampu mendepani kumpulan2 yang
wujud di zamannya dengan 'ilm yang benar, hujah yang mantap
dengan menyatakan kesalahan2 mereka..

Semuanya itu dilakukan demi kebaikan ummah.

Hari inie ummat mendepani cabaran inie..kebanyakan daripada
penuntut2 ilm terpengaruh.. sedang 'aqidah terancam..

..apakah inie bukan suatu isu yang Besar..?

Imam al-Ghazali tidak ada lagi di dunia inie untuk menyelamatkan
ummat dengan hujah2nya, tetapi masihkan ada insan2 yang
berjiwa sepertinya?

..kasihanilah ummat inie.. berhujahlah!

Maafkanku kerana tidak mampu berhujah seperti Imam al-Ghazali.
'ilm yang ada padaku secebis cuma..bukan lulusan ijazah agama
mana2 fakulti pendidikan..

..namun, sedikit yang mampu ku suarakan inie..

Bantulah ummat inie..

ku mencari di mana dia al-Ghazali..??????

assalamu'alaikum..

..daripada Kak Serai [..BMC]

"JANGAN PUAS BERAMAL"

IMAM 'Atha al-Sulami membawa kain tenunannya ke pekan untuk dijual kepada seorang penjual kain. Kain itu satu-satunya hasil tenunannya yang dianggapnya terbaik diantara yang lain, kerana tenunannya telah dikerjakannya dengan tekun dan berhati-hati, dengan sepenuh daya kreativiti. Dia cukup puas hati dengan hasil tenunannya itu.

Penjual kain yang dikunjunginya di pekan itu membolak-balik kainnya itu. "Tuan akan jual kain ini? Berapa harganya?", tanya penjual kain itu. "Sepatutnya harga kain ini lebih mahal. Tapi aku bersyukur, jika harganya sama dengan harga kain biasa yang pernah engkau beli." jawab 'Atha al-Sulami.

Pekedai kain itu menggeleng-geleng dan tersenyum sumbing.
"Tapi kain ini rendah mutunya. Tenunannya tidak rapi, tidak halus, corak dan warnanya tidak menarik. Ukurannya pun lebih kecil daripada ukuran biasa. Jika tuan tidak percaya ucapan saya, tuan boleh tanya orang lain. Bawalah kain ini kepada penjual kain yang lain."

Imam 'Atha al-Sulami merasa sedih dan kecewa. Dia membisu.

"Bagaimana pun, hamba boleh beli kain ini, tapi dengan harga yang murah sahaja".

Tanpa bertanya tentang harga yang sanggup dibayar oleh penjual itu, pelan-pelan Imam 'Atha al-Sulami melangkah ke luar kedai. Tiba-tiba dia terduduk di warung kaki lima, lalu menangis. Kepalanya yang tertunduk tersengguk-sengguk digoncang oleh sedu-sedan tangisannya itu. Melihat keadaan itu, tercetus rasa simpati di hati penjual kain, lalu dia segera menghampiri Imam 'Atha al-Sulami.

"Sampai begitu sekali kesedihan tuan? Tadi, hamba berkata benar, mutu kain tuan itu rendah. Rugi hamba kalau membelinya dengan harga biasa. Maafkan hamba".

Imam 'Atha al-Sulami menangis terus, seolah kehadiran penjual itu tidak disedarinya. Penjual kain tertunduk resah.

"Baiklah. Berikan kepadaku kain itu. Aku beli kain itu dengan harga biasa. Aku sanggup membelinya semata-mata kerana aku mahu menyenangkan hati tuan. Aku kasihan melihat keadaan tuan terlalu sedih sampai menangis begitu rupa. Jika tangisan tuan itu kerana aku, maafkanlah aku..."

"Tidak. Aku sedikit pun tidak merasa kecil hati kepadamu," 'Atha al-Sulami berbicara dengan suara serak.

"Malah. Aku bersyukur, kerana tindakaanmu tadi sungguh-sungguh telah menginsafkan aku".

"Jadi, tuan menangis bukan kerana kecewa kerana menawarkan harga kain itu dengan yang lebih rendah daripada biasa?"

Imam 'Atha al-Sulami mengangguk dalam tangisannya yang berterusan..

"Kalau begitu, Kenapa tuan menangis?".

"Aku menangis kerana sedih mengingatkan amal ibadatku. Kain hasil tenunanku ini kebetulan ada persamaannya dengan hasil amalan ibadatku selama ini".

"Ajaib. Bertambah ajaib. Bagaimana kain itu ada persamaannya dengan ibadat tuan?"

"Begini. Kain ini aku tenun sebaik-baikya. Seberapa mungkin aku bertekun mengusahakannya supaya mutunya baik. Dan, sebelum ini aku rasa kain ini cukup baik, bahkan lebih baik daripada hasil tenunanku sebelumnya, tidak ada cacat-cederanya. Tetapi sekarang barulah aku sedar, apabila dibawa kepada orang yang pakar dalam hal kain seperti engkau, rupa-rupanya kain ini banyak cacat cederanya, rendah mutunya".


Kepala Imam 'Atha al-Sulami tertunduk kembali, menahan sedu tangisannya. Ternyata, kesan kesedihannya masih ada dikalbunya. Hal ini ketara sekali kepada penjual kain itu.

"Jadi betullah, tuan bersedih dan menangis kerana hamba ...."

"Tidak!". Imam 'Atha al-Sulami cepat memotong cakap penjual kain itu.

"Aku menangis apabila teringat, betapa amal ibadatku dinilai oleh Allah Taala pada hari Kiamat nanti. Selama ini aku berpuas hati dengan amal ibadatku, ebagaimana aku berpuas hati dengan hasil tenunanku ini. Allah Taala yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, sama ada yang nyata atau yang ghaib, yang lahir atau yang batin; sudah pastilah segala 'ujub atau cacat -cedera amal ibadatku ketara kepada-Nya. Bandingannya, cacat-cela kain ini ketara kepadamu yang tahu menilainya"

Dia tertunduk pula. Kesedihan masih tersisa di dalam dadanya. "Kerana kelalaianku, tidak pernah terfikir di benakku tentang ketidak-sempurnaan amal ibadatku, kecuali setelah engkau menyatakan ketidak-sempurnaan kain ini. Sekarang aku takut amal ibadatku menjadi sia-sia saja, kerana selama ini rasa ujub, bangga dan rasa puas hati yang telah bersarang di dalam kalbuku terhadap amal ibadatku. Aku bimbang, amal ibadatku rendah mutunya, sama dengan kerendahan mutu kain ini. Itulah yang menyebabkan aku bersedih dan ...."

Kepalanya tertunduk pula, menahan serangan kesedihan yang kembali memburaikan tangisannya.

~ Perjalanan masih jauh, Perjuangan belum selesai !