Wednesday, March 12, 2008

ku mencari di mana dia al-Ghazali..??????

assalamu'alaikum..

..berbicara soal kehidupan..

Di sepanjang kehidupan seseorang insan, berbagai-bagai
keadaan dirasai. Mendepani masalah, merasai kesusahan..

..diberi nikmat bahagia, kesenangan, ketenangan.

ALlah 'Azza Wajalla Maha 'Adil Memberi..

Samada ia bahagia, derita atau sengsara..semuanya UJIAN
buat hamba2NYA.. semoga mereka selalu Ingat kepadaNYA,
Al-Khaliq. Rabbal 'alamiin..

..terfikir di benak hati seorang insan, betulkah jalanku. Hidup inie
untuk apa sebenarnya..? Apakah benar fikrah inie? Benarkah jalan inie
Diredhai ILAHI..?

..aku membaca kitab yang ditulis oleh al-Imam Ghazali yang
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Jelas buku yang
berasal daripada terjemahan 'Relung Cahaya' dan berasal daripada
kitab 'Misykat' itu mengisahkan tentang dirinya dan perjuangannya..

Imam al-Ghazali adalah seorang pemikir yang agung..

..Imam al-Ghazali menuliskan tentang bagaimana beliau mengkaji
beberapa golongan yang terdapat pada zamannya..

..ini termasuklah ahli2 'ilmu kalam dan falsafah, kumpulan
bathiniyyah dan golongan tasawuf.

Beliau mengkaji menuruti neraca al-Quran dan as-Sunnah. Beliau
mendapati kepincangan 'aqidah di antara mereka dan menemui
'kebenaran' dalam tasawuf.

..apa yang dapat aku katakan adalah, apa yang berlaku di zaman
Imam al-Ghazali bersamaan dengan zaman inie malah apa yang
berlaku sekarang adalah lebih pincang dan mencabar..

Membimbangkan apabila Ulama' memberitakan tentang
kepincangan berkaitan 'aqidah sehingga 'mentasybih'kan,
'mentajsim'kan sifat ALlah 'Azza Wajalla dengan makhluq.

Tidakkah inie sesuatu yang bahaya kepada 'aqidah?

..ku tidak mampu untuk menerangkan secara detil seperti
Imam al-Ghazali yang mampu mendepani kumpulan2 yang
wujud di zamannya dengan 'ilm yang benar, hujah yang mantap
dengan menyatakan kesalahan2 mereka..

Semuanya itu dilakukan demi kebaikan ummah.

Hari inie ummat mendepani cabaran inie..kebanyakan daripada
penuntut2 ilm terpengaruh.. sedang 'aqidah terancam..

..apakah inie bukan suatu isu yang Besar..?

Imam al-Ghazali tidak ada lagi di dunia inie untuk menyelamatkan
ummat dengan hujah2nya, tetapi masihkan ada insan2 yang
berjiwa sepertinya?

..kasihanilah ummat inie.. berhujahlah!

Maafkanku kerana tidak mampu berhujah seperti Imam al-Ghazali.
'ilm yang ada padaku secebis cuma..bukan lulusan ijazah agama
mana2 fakulti pendidikan..

..namun, sedikit yang mampu ku suarakan inie..

Bantulah ummat inie..

ku mencari di mana dia al-Ghazali..??????

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home