satu perjuangan..
assalamu'alaikum..
hidup inie..
Aku suka berbicara tentang hidup kerana hidup inielah yang
sedang kita semua lalui. Apa saja yang kita rasakan..yang pasti
kita akan kembali kepada ALlah! Al-Khaliq!
AlhamdulilLah, rencah kehidupan di bumi malaysia nih baru sahaja
mengahabiskan episod pilihanraya pada hari sabtu, 8 Mac yang
lalu. Syukur sangatt dengan kemenangan BA. Ia adalah satu
keputusan yang mengejutkan banyak pihak.
..siapa sangka, barisan BA yang digelar pembangkang inie diberi
mandat kepada 6 negeri. Selangor, Perak, Kedah, Kelantan,
Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. BN tumbang
di tangan mereka.
Ya ALlah! Seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku tetapi
itulah kuasa ALlah 'Azza Wajalla.
Merasa teruja dengan keputusan pilihanraya, aku tidur lewat
untuk mendengar berita di kaca televisyen. Pakcikku yang 2
orang tu begitu bersemangat. Pak Teh dan Pak Su..siap calling2
lagi dengan kawan2 mereka. erm, taktau Pak Teh tido pukul
berapa hari tu..
Malam itu kenduri, hari Ahad pula walimah KZ. Aku dan cousins
tidur lewat..aku paling lewat tido sebab teruja sangatt nak tahu
siapa lagi yang menang dan yang ditumbangkan tetapi tidak
banyak yang diberitakan selepas tu. Kul 4 baru nak tido.
Sangatt merasakan bantuan ILAHI ke atas keputusan pilihanraya.
Petang sabtu itu hujan di kampungku, di Perak. AlhamdulilLah,
hujan rahmat buat seluruh rakyat yang cintakan Islam dan
ke'adilan.
Selepas melihat kemenangan demi kemenangan yang diraih, aku
mula berfikir apakah yang menyumbang kepada kemenangan BA?
..aku kira, peranan media di internet sangatt membantu. Bloggers
tidak jemu2 memblog terutamanya Ustaz Hasrizal di
Saifulislam.com. Memang rutinku untuk berkunjung ke sana..
blog lain aku kurang baca. Aku lihat Ustaz sangatt gigih menulis
tentang etika2 mengundi.[betul ker ayat nih, he..]
Majoriti penduduk KL dan Selangor celik IT. Berita di internet
sungguh berbeza dengan berita di kaca televisyen dan surat kabar.
Kenalanku, K. MRSDH dan B. KHRL sering menghantar sms..
minta berdo'a dan solat hajat, puasa dengan arahan Tok Guru.
..begitu terasa seolah2 Tok Guru dan rakyat sedang berperang
dengan musuh.
Sehinggakan semasa hari mengundi, K. MRSDH menghantar sms
supaya membaca surah al-Fill.
..Ku do'a semoga ALlah 'Azza Wajalla membantu pejuang2
Islam. Semoga ALlah Ta'ala memenangkan pejuang2 Islam.
Apabila mendengar kemenangan inie, memang sangat teruja..
syukur yang amatt.
..perjuanganmu tidak sia2 wahai mujahid2 dan mujahidah2 dan
seluruh rakyat yang cintakan ke'adilan!
terima kasih Ya ALlah atas kemenangan inie..
Labels: election


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home