Wednesday, June 04, 2008

bermulanya jalan Hidayah..,,,,

assalamu'alaikum..

AlhamdulilLah..:)

Syukur kepadaMU atas nikmat yang tidak terhingga Ya Rabb!

Mengingati 9 tahun yang lalu..

..entah ke mana harus ku langkahkan kaki inie..

untuk mencari ''ilmu mengenal diri', tekad hanya satu.
..ingin belajar dan mencari 'ilmu yang mendekatkan diri kepada
Yang Maha Esa. Hidup inie hanya untuk DIA.

..Inna solaati wanusuki wamahyaya wamamati lilLahi Rabbil 'alamin.

Ingin dihayati ayat inie dengan sepenuh hati di sepanjang
kehidupan inie..isk.

Memulakan langkah mencari 'ilmu dengan belajar di INTIS,
March 1999.

Ustaz Azhar Mohammad adalah guruku yang pertama di INTIS.
Ustaz yang mengajar bahasa 'Arab itu sangatt petah berkata2,
[hi hi, kelakar plak ayat nih]

..melangkahkan kaki di sekitar kawasan itu, memasuki sebuah kedai
buku. Meneliti buku2 yang ada di situ, semoga ALlah SWT temukan
dengan sesuatu yang boleh dijadikan panduan dalam hidup.

Lalu dicapai sebuah buku yang bertajuk Bidayatul Hidayah
(Permulaan Jalan Hidayah) oleh al-Imam hujjatul Islam al-Ghazali RA
yang diterjemahkan oleh Ustaz Fahmi Zamzam.

..kitab itu dibelek dan ditelaah, Ya ALlah! Tidak mampu untuk
meng'amalkan 'ilmu yang terkandung di dalamnya.. ingin menangis.

Jika tidak bekerja, bolehlah 'amal baca surah panjang2 dan
melakukan solat sunat banyak2 dan melakukan 'amal2 sunat yang
lain..

Kitab 'bidayatul Hidayah' menerangkan tentang disiplin seharian
seorang muslim.

Mengapa ALlah SWT tempatkanku di sinie? Diri memprotes taqdir
yang ALlah SWT telah tetapkan. Tika itu diri hanya ingin belajar,

..belajar untuk Kenal DIA, kenal diri dan berjihad pada JalanNYA.
Ketika di usia itu sepatutnya belajar bukannya bekerja, fikirku..

Inilah taqdir yang sepatutnya ku terima dengan Redha..isk

Tidak tahu ke mana harus di tuju, siapa yang dapat membantu dalam
perjalanan inie..isk.

..diri seorang yang sukar untuk percaya kepada orang. Biarlah
mencari 'ilmu itu dengan sendirian.

Tawakkal..

Beberapa tahun selepas itu, kitab itu dibuka semula dan diri cuba
untuk memahami isi kandungannya. Cuba untuk meng'amalkan..

..Mei 2008

SMS dan iklan disebarkan tentang pengajian kilat kitab Bidayatul
Hidayah.

Pengajian Kilat - Kitab Bidayatul Hidayah

عليكم بمجالسة العلماء واستماع كلام الحكماء فإن الله تعالى يحيى القلب الميت بنور الحكمة كما يحيى الارض الميتة بماء المطر

Majlis Pengajian Kilat Kitab Bidayatul Hidayah Bersama Shaikh Ahmad Fahmi
Zamzam al-Maliki an-Nadwi
[Insyaallah setelah tamat pengajian Tuan Syaikh
akan mengijazahkan sanad kitab tersebut]

Tarikh
25 Jumadil Awwal 1429H / 31 Mei 2008 (Sabtu) dan
26 Jumadil Awwal 1429H / 1 Jun 2008 (Ahad)

Jadual Pengajian
1 – 9.00 pagi – 1.00 tengahari
2 – Lepas sholat ‘asar sehingga sebelum masuk waktu maghrib
3 – Selepas sholat maghrib – 10.00 malam.

Tempat
Pusat Pengajian Ba’alawi
No.9, Jalan UP2A
Prima Ukay, Kemensah [belakang Zoo Negara]


..tidak ingin melepaskan peluang keemasan inie, semoga ALlah
'Azza Wajalla mengizinkan dan memudahkan urusan itu..

Pengajian selama 2 hari di rumah Ben 'Alawi. Ramai penuntut 'ilmu
yang hadir termasuk adik2 Matrik PJ, adik2 main campus, makcik2,
pakcik2..

Pada malam hari Ahad..malam terakhir pengajian, penuntut2 ilmu
telah diijazahkan kitab Bidayatul Hidayah oleh Ustaz Fahmi Zamzam.
Ustaz Fahmi adalah orang yang ke-16 yang menerima ijazah daripada
Imam al-Ghazali [daripada seorang guru ke seorang guru]

..syukur yang amat! Setelah 9 tahun, baru ALlah 'Azza Wajalla
izinkan untuk mengaji kitab Bidayatul hidayah karangan
Imam al-Ghazali.

AlhamdulilLah!

Barulah mengerti bagaimana untuk ber'amal setelah mendengar
huraian 'ilm oleh Ustaz Fahmi Zamzam..

Semoga ALlah 'Azza Wajalla membantu pula hamba2NYA untuk
meng'amalkan mutiara2 'ilm yang terkandung di dalamnya.


ingin menjadi seperti diri yang dahulu..isk.