Thursday, October 30, 2008

muhasabah diri

assalamu'alaikum

Afwan! Sekali lagi lewat memblog. Sebenarnya banyak perkara
yang bermain2 di fikiran.....banyak yang ingin ditulis.
Well, pen dan kertas telah menjadi teman yang akrab dengan
diri inie sejak di zaman kecilku. Cuma waktu yang membataskan,
tidak sempat menulis.

Memblog.....malu apabila orang membaca dairi kita. Sebab itu
diri inie jarang sekali memblog. Namun, ku cuba juga menulis
di sinie.....moga2 ada kebaikannya buat diri inie dan semua.

Well, hidup nih berlalu dengan pantas, tidak sempat berfikir.
Hidup dengan rutin yang sama setiap hari.

Kehidupan di dunya inie berlalu daripada satu fasa ke satu fasa
yang lain. Bermula dengan kehidupan di 'alam ruh yang langsung
tidak mampu ku ingati apa kerjaku di sana. Yang pasti setiap
sesuatu yang diciptakan ALlah SWT berzikir saban waktu. Apabila
diri inie bermuhasabah diri, ingin sekali ku hidup dengan zikir
tanpa cuai sepanjang waktu kepadaNYA. Kerana itu adalah rutin
diri inie ketika di 'alam ruh.

Even, setiap detik kehidupan di dunya inie juga adalah proses
Mengingati Ilahi. Semua makhluq tunduk kepadaNYA, patuh dengan
apa yang telah diwahyukan kepadanya. Hanya saja manusia2 itu
tidak mengerti dan tidak melihat apa yang jelas di sisi ALlah SWT.

.....semasa mengikuti kursus ESQ165 di USJ, salah seorang
ESQ Trainer menunjukkan gambar otak manusia itu kelihatan seperti
manusia yang sedang sujud. SubhanaALlah! Baru hari itu diri inie
menyedarinya tentangnya.

SubhanaALlah! Maha Suci ALlah yang telah menciptakan setiap
sesuatu. Sering saja manusia2 ingkar terhadap suruhan Ilahi
tetapi anggota2 pada dirinya sendiri bersujud dan ruku'
kepadaNYA. Patuh hanya kepada YANG SATU! ALlahu Akbar!

Selepas lahirnya diri inie ke dunya yang luas inie daripada
dunya yang sempit di 'alam rahim, tidak mampu lagi untuk
berfikir. Hanya melihat dan mendengar. Menangis. Menurut saja
apa yang ALlah SWT inginkan kepadaku. Sehingga menjadi
seorang kanak2, berkenalan dengan 'alam. Diajar bercakap oleh
ayah dan bonda. Ku akrab dengan ayahku berbanding ibu. Ibu
sibuk menguruskan tugas2nya dan mengasuh adik2ku.

Selalu juga ku merasa seorang diri. Melihat langit yang cantik
selepas hujan turun. Kagum melihat langit yang tinggi itu.
Kadang2 keluar bermain dengan teman rapat anak Pakcik Saleh.
Fadilah namanya. Namun, apabila sudah bersekolah di kampung diri
inie malu pula kepadanya.

Dihantar pula ke sekolah, belajar membaca, mengira dan menulis
dan melukis. Ku masih ingat, diriku adalah seorang kanak2 yang
pendiam dan banyak berfikir. Hatiku sering berkata2.

Diri inie juga diuji.

Diri inie bersekolah di kampung, tinggal bersama Atuk dan Nenek.
Atuk berniaga kedai kopi di samping tugasnya sebagai Naib Qadhi
dan imam di masjid dan surau di kampungku. Opah berniaga di rumah
sahaja. Menjual mee goreng kuah kacang, bihun dan nasi lemak
sambal kacang panjang.

AlhamdulilLah! Walaupun tidak tinggal bersama parents sendiri
Atuk dan Nenek menjagaku dengan baik. Arwah Nenek agak garang
berbanding Atuk tetapi sangat penyayang. Makan dan minum semua
cukup. Ayahku mengirim wang kepada mereka.

Sejak kecil diri inie berfikir, mengapa begini? Mengapa diriku
tidak tinggal dengan Emak dan Ayah seperti kawan2ku di sekolah?
Kawanku Ayuni, sering menjemputku apabila keluarganya meraikan
harijadinya. Bestnya! Gembiranya..... Parentsku tidak seperti
keluarganya. Selalunya apabila tibanya harijadiku, tiada siapa
-pun ingat. Sedih! Well, siapalah diri inie.....fikirku.

Di rumah, aku selalu bermain dengan kawan2 sekampung. Sepupu2ku
tinggal di belakang madrasah, jadi aku selalu juga ke rumah
mereka. Sangat seronok bermain congkak, main galah panjang,
main getah, teng-teng, kona-kondi, main panjat pokok dengan
sepupu dan kawan2 sekampung. Rindunya dengan teman2 sepermainanku
semasa kecil. Yong, Kak Nyah, Osh, Ija, Apit, Ije, Abang Wan,
Akak, Jali dan lain2 yang kurang ku ingati. Bersama2 mereka,
senang hati jadinya.

Semasa di sekolah rendah, fikiranku tertumpu kepada pelajaran.
Ingin cemerlang dalam akademik. Diri inie sangat suka belajar.
Sangat suka belajar Matematik, Alam dan Manusia, Musik dan
Bahasa Melayu. Juga meminati Bahasa Inggeris tetapi diriku
tidak mahir berbahasa Inggeris, harap grammer jer OK. Begitu
bentuk yang diajar oleh Teacher Maznah. Keputusan 'exam'
AlhamdulilLah kerana ia banyak fokus kepada pemahaman tentang
'grammer'.

Tahun yang paling baik adalah pada tahun 1990, ketika diri inie
berada didarjah 5. Ku susun hidupku betul2, ada jadual lagie.
Belajar dan belajar. Tengok tv ikut jadual sangat suka menonton
drama bersiri Jepun.

AlhamdulilLah! Didarjah 5 diri inie cemerlang dalam pelajaran.
Dapat pula guru kelas yang garang. Cikgu yang dipanggil Uda oleh
sepupu2ku itu sangat tegas. Aku juga pernah dimarahinya sekali
kott. Sangat suka belajar 'math' dan Alam dan Manusia kerana
mumkin ia melibatkan pemikiran. Berfikir untuk memahami situasi
sesuatu keadaan.

OK, stop di sinie dahulu. InsyaALlah! Bersambung lain kali.

wassalam.

Labels:

Monday, October 13, 2008

.....hujan

assalamu'alaikum :)

Hujan.

Tak boleh nak balik rumah. Ingat nak balik rumah, buka kat rumah.
Semoga ALlah SWT bantu diriku untuk berpuasa di sepanjang minggu
nih.

Baru nak mula puasa hari nih :)

Hujan. AlhamdulilLah!

Takper, macamlah tak biasa balik lewatt. Bukan apa, sejukk
kat dalam opis nih. Kalau tak sejuk macam nih tak kisah jer
balik pukul berapa.

Sejuk2 nih, nak dok kat umah. Sejuk sangat2! Hari2 pun sejuk
macam nih. Sejukkk

Ramadhan hari tu ramai yang tanya.. Makcik yang jual biskut2
raya tanya, "demam ke?". Makcik tu suggest supaya diriku ambil
madu dan minyak zaitun. Makcik tu meng'amalkan ambil madu dan
minyak zaitun.

InsyaALlah!

Diri nih perlulah prihatin dengan kesihatan diri. Muda2 lagi dah
sakit itu dan inie.

Hidup di akhir zaman nih, macam2 penyakit ada. Zaman Atuk Nenek
dulu, tak ramai lah yang sakit muda2 lagie.....

Erm...

Oh! Ya, kalian yang mengikuti blog nih.....maafkan tuan rumah
kerana jarang meng'update' rumah nih. Kalian boleh cari tuan rumah
di komuniti bicaramuslim.com InsyaALlah! Ada juga tuan rumah
posting di sana.

Salam eid-ul fitr buat semua bloggers, dengan ucapan Kullu sanah wa
antum bi Khayr. Maaf zahir dan batin :)


syukran