Monday, October 13, 2008

.....hujan

assalamu'alaikum :)

Hujan.

Tak boleh nak balik rumah. Ingat nak balik rumah, buka kat rumah.
Semoga ALlah SWT bantu diriku untuk berpuasa di sepanjang minggu
nih.

Baru nak mula puasa hari nih :)

Hujan. AlhamdulilLah!

Takper, macamlah tak biasa balik lewatt. Bukan apa, sejukk
kat dalam opis nih. Kalau tak sejuk macam nih tak kisah jer
balik pukul berapa.

Sejuk2 nih, nak dok kat umah. Sejuk sangat2! Hari2 pun sejuk
macam nih. Sejukkk

Ramadhan hari tu ramai yang tanya.. Makcik yang jual biskut2
raya tanya, "demam ke?". Makcik tu suggest supaya diriku ambil
madu dan minyak zaitun. Makcik tu meng'amalkan ambil madu dan
minyak zaitun.

InsyaALlah!

Diri nih perlulah prihatin dengan kesihatan diri. Muda2 lagi dah
sakit itu dan inie.

Hidup di akhir zaman nih, macam2 penyakit ada. Zaman Atuk Nenek
dulu, tak ramai lah yang sakit muda2 lagie.....

Erm...

Oh! Ya, kalian yang mengikuti blog nih.....maafkan tuan rumah
kerana jarang meng'update' rumah nih. Kalian boleh cari tuan rumah
di komuniti bicaramuslim.com InsyaALlah! Ada juga tuan rumah
posting di sana.

Salam eid-ul fitr buat semua bloggers, dengan ucapan Kullu sanah wa
antum bi Khayr. Maaf zahir dan batin :)


syukran

5 Comments:

At 5:02 AM , Blogger Tirana said...

Salam dik...lamanya kak tirana dok tunggu update..baru hari ni ada entry baru.. Sibuk ye

Orang dulu2 makan benda-benda fresh..kita ni banyak sangat makan benda2 yang telah diproses dan dicampur bahan kimia.. Itulah padahnya..Sakit sana..sakit sini..salah kita sendiri la jugakkan?

 
At 5:20 AM , Blogger Tirana said...

Dik..rajin-rajin la update blog ye..kak tirana selalu jugak ziarah ke sini...

 
At 7:33 AM , Blogger Sasha said...

salam perkenalan... akak nak selalu datang sini... bagus ler blog ni...sebab bole mengingatkan pada akak yang selalu terleka...

p/s: Tirana... kat sini pun ada awak?

 
At 1:55 AM , Blogger nurFikrah said...

Kak Tirana :)

Afwan! Lama sangat tak update blog nih, kiter bukan kaki blog he he. Erm, ingat nak aktifkan diri tulis blog tapi segan plak orang baca dairi kita hi hi.

Iyer Kak, makan ikut dan jer. Apa yang dijual di kantin tu la yang dimakan. Air-condpun boleh sebabkan sakit juga, sejuk sesangatt

Akak jaga diri ek, do'akan kiter ;)

 
At 2:00 AM , Blogger nurFikrah said...

Kak Shasha,

Salam kenal. Syukran kerana sudi ziarah blog kiter. Nak ikut juga? Erm tuannya taklah seOK blognya he he.

Kak Shasha, kiter dah lama kenal Kak Tirana. Singgah umah Akak hari tu melalui blog Kak Tirana ler :)
Ramai yang dok cerita-ceriti pasal Ayat2 Cinta :)

Erm

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home