Tuesday, February 02, 2010

muhasabah diri.....

assalamu'alaikum

Hari inie 2 Februari 2010. Ingin melakarkan bicara hati inie
yang sudah lama tidak diungkapkan di alam maya inie.

Aku baru saja menyambut ulangtahun kelahiranku. Tahun masihi
sudah, tahun hijri juga sudah. AlhamdulilLah! Bertambah lagi
usiaku, masih hidup lagie diri nie. Segala puji2an itu hanya
layak bagiMU Ya ALLAH!

Di samping itu pula bersamaan pula dengan tahun baru 1431 hijrah
dan tahun baru masihi 2010. AhamdulilLah! Ahlan wasahlan tahun
yang baru, diIzinkan ALLAH SWT untuk menghayatinya.

Pantas masa berlalu, masih ingat lagi ketika di zaman 90-an.
Masih bersekolah, terfikir apakah yag akan kulakukan di tahun 2000?
Di manakah aku di waktu itu?

Aku langsung tidak terfikir yang aku akan bekerja di sinie selama 11
tahun, menghampiri 12 tahun. Kerana aku berkira-kira hendak belajar
agama selepas selesai SPM. Aku tidak mahu melanjutkan pelajaran di mana2
universiti. Aku ingin belajar agama atau masuk pondok.

Tetapi aku akur, bukan diriku yang mengatur hidup inie. Semuanya
kerja ALLAH SWT, Penguasa segala sesuatu. Namun, ketika itu aku
tidak dapat berfikir dengan baik. Aku kecewa dengan taqdirku.

AstaghfirulLahal Adziem! Ya ALLAH! Ampunkan diri inie.isk3

Aku mula bekerja di sinie pada jun 1998. Ketika itu di PJ,
peluang belajar tipis...tambahan pula aku masih baru di PJ.
Pada 1999, kesemua staff ditukarkan ke main campus di Sungai
Pusu.

Aku berusaha untuk belajar, atas nasihat seorang pakcik yang
dikirimkan ALLAH SWT ..bertemu dengan beliau di sebuah bank di Kuala
Lumpur. Aku mula belajar di INTIS. Guru pertamaku di INTIS adalah
Ustaz Azhar. Ustaz Azhar mengajar Bahasa Arab dengan besemangatt.
Tidak lama belajar dengannya, Ustaz Azhar mendapat kerja di Pusat
Bahasa, uiam. Ustaz Anuar menggantikan dirinya.

Membara semangatku menuntut 'ilmu tika itu.....

Kinie, aku berada di tahun 2010. Sudah lama kutinggalkan
Ustaz Azhar dan Ustaz Anuar. Sudah 10 tahun berlalu. Masih banyak
yang perlu kupelajari, masih banyak yang tidak kuketahui. 'Ilm yang
kucari semuanya sekerat jalan. Sana sikit, sini sikit. Ada yang lupa,
ada yang ingat sikit2.

astaghfirulLah!

Di sepanjang hidup inie, banyak yang ALLAH SWT Tunjukkan....

Tentang tujuan hidup inie.

Tidak ada alasan bagi manusia untuk berdolak-dalik di hadapan
Tuhannya nanti.

Bismillaahirrahmaanirrahiim,

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila mengiringi,
Demi siang apabila menampakkan diri,
Demi malam apabila menutupi,
Demi langit dan seluruh binaannya,
Demi bumi dan seluruh yang ada di permukaannya,
Demi jiwa dan penyempurnaannya.

ALlah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan
dan ketaqwaan,
Beruntunglah bagi sesiapa yang mensucikannya,
Dan merugilah bagi sesiapa yang mengotorinya.

[surah asy-Syams : 1-10]


ALLAH SWT telah mengilhamkan kepada manusia 2 jalan. Alangkah
beruntungnya bagi hamba2 yang mensucikan hatinya dan merugi
bagi manusia2 yang tidak memilih jalan yang Benar!

Kini....

Ku merasakan masa yang diberi semakin singkat. Tidak ada waktu
lagi untukku berfoya2 dan melayani fikiran2 yang negetif. Masa
yang tinggal hanyalah untuk berjuang pada Jalan ALLAH SWT!

Ustaz Shamsul menjelaskan, kalimah syahadah perlu diperbaharui
pada setiap jam. LAILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH!
24 huruf kalimah syahadah, bersamaan dengan 24 jam sehari semalam.

ALLAHU AKBAR!

Ya ALLAH! Bantulah hambaMU yang lemah, dhaif, miskin dan serba
tiada inie. Ku akui akan kelemahan diri inie Ya ALAH! Bimbing
diriku untuk mengikuti ajaran RasulMU Nabi Muhammad SAW yang
Engkau cintai. Kasihani diri inie Ya ALLAH! Pimpinlah daku
yang dhaif inie Ya ALLAH!

Ya Rabb!

Labels:

2 Comments:

At 5:51 PM , Blogger alQasam said...

Askum

Kak Izan yang dikasihi,

(k.izan ke? Terkejut sangat)

Tak sangka akak ada blog. Tak sudi dan pernah berkongsi pun.

Ramai yang dah tau blog akak.

Mungkin sy bukan sahabat akak kot.:(

Apapun, teruskan penulisan yang baik ini.

:)

Siru'alabaraktillah

 
At 2:36 AM , Blogger nurFikrah said...

Sumayyah, afwan ..akak baru masuk sinie hari ni. Akak sangatt jarang memblog. Kalau nak baca tulisan akak, ada di bicaramuslim.com

..tapi itu dulu, sudah lama tidak menulis di sana dan juga di sinie

Afwan ye dik, jaga diri bebaik yer :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home